Kursus Rintis Keterampilan Pemimpin Kampung ini merupakan kursus yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Key Performance Index (KPI) Sektor Dasar Tahun 2024 yang akan dilaksanakan oleh INFRA di enam (6) zon melibatkan semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Kursus Rintis Keterampilan Pemimpin Kampung ini adalah kursus yang diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK / JPKKP / JPKKOA). Kursus ini bertujuan untuk memberikan dan memantapkan personel kepimpinan JPKK dalam beberapa aspek seperti tingkahlaku, keterampilan, komunikasi, pengurusan majlis dan etiket professional pemimpin.
Kursus Rintis Keterampilan Pemimpin Kampung ini juga bertujuan memastikan JPKK / JPKKP / JPKKOA mempunyai personaliti yang terampil selari dengan hasrat kementerian.
Kursus Rintis Keterampilan Pemimpin Kampung akan dilaksanakan sebanyak satu (1) bilangan kepada 50 orang peserta JPKK Wilayah Persekutuan Labuan