Sistem Data Latihan (e-T-I)
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH

PRIVASI

Aplikasi Mobile e-Training INFRA merupakan satu inovasi baharu Institut Kemajuan Desa (INFRA) dalam memberi kemudahan kepada pengguna untuk menguruskan proses latihan / seminar yang berlangsung dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi e-Training INFRA ini tidak akan memaparkan maklumat peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat peribadi yang direkodkan juga tidak akan dikongsi dengan organisasi lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
  2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut ;
    1. Nama pengguna
    2. Nombor telefon
    3. E-mel
  3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi e-Training INFRA akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

NOTIS PENAFIAN

Anda tidak akan mempunyai akses kepada Aplikasi e-Training INFRA anda melainkan anda telah bersetuju dengan dasar privasi ini. Dengan mengakses dan menggunakan mana-mana bahagian ciri baharu e-Training INFRA ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar privasi ini dan bersetuju membenarkan data anda.

Kembali ke paparan utama